pendapatan panas

Friday, July 29, 2011

Salam kepada semua umat Islam tidak kira di mana saja berada,

Beberapa hari sahaja lagi, Ramadhan kunjung tiba dan saya ingin mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan dan selamat berpuasa kepada semua umat Islam.

Walaupun melalui newsleter, buku dan seminar saya, sering saya kongsikan kaedah menjana pendapatan melalui Internet, jangan lupa juga untuk berkongsikan pendapatan yang kita dapat. Harta tidak akan berkuang sekiranya kita bersedekah dan berzakat (hadis).

Teringat saya pesanan ustaz ketika sekolah dahulu untuk sentiasa memberi, dan 10 kali ganda pulangan akan datang kepada kita. Dengan banyak memberi, kita akan rasakan bahawa harta, wang dan material adalah banyak dan tidak terhad (abundance). Dengan banyak berkongsi, lebih banyak rezeki dan peluang rezeki akan terbuka kepada kita apabila kita mempunyai perasaan'abundance' tersebut. Itulah rahsia dalam mendapat rezeki yang melimpah.

Bulan Ramadhan penuh dengan rezeki yang pelbagai. Rezeki pahala daripada amalan kita dan juga rezeki dari segi dugaan yang dilalui. Berbanyak bersyukur dengan segala apa sahaja yang kita miliki kini tidak kira tahap kita oleh kerana perasaan kesyukuran, dan keseronokan itu adalah kekayaan yang sebenar ;)

Salam Ramadhan Al Mubarak dari saya, Zali.B

No comments:

Post a Comment